Luahan Kata dan Rasa..SEMBANG - SEMBANG

Friday, August 21, 2009

Pengalaman beristeri dua

Assalamualaikum

Saya baru dapat emel seseorang yang menceritakan pengalaman peribadi beliau beristeri 2.

Dari Hamba Allah:

AssalamualaikumSaudara/SaudariRakan rakan SIMSaya ingin berkongsi pengalaman. saya pernah mempunyai 2 isteri. Dulunya saya hanya tumpu pada kerja. Kawan-kawan wanita memang ada disekeliling saya, malah staf saya ramai terdiri dari kaum hawa. Tiada perasaan hendak kahwin satu lagi pada ketika itu.

Malah ada yang ajak bercinta dengan saya, saya menolak dengan baik.Namun isteri saya yang pertama selalu bising sebab cemburu dan langsung tidak mempercayai saya. Beliau selalu menyatakan bahawa beliau menerima panggilan telefon dari entah sesiapa yang melaporkan bahawa saya sering berpeleseran dengan staff saya. Malah selalu keluar.Sesungguhnya saya bukanlah terdiri dari lelaki yang sedemikian. Bagi saya, saya rapat dengan semua staf tak kira lelaki mahupun perempuan.

Timbul fitnah adalah biasa bagi saya. Rumahtangga saya tidak aman. Saya selalu berdoa pada Allah agar diberikan kekuatan dan hidayah kepada saya dan menerangkan hati isteri saya.Sehingga satu hari, saya berkenalan dengan rakan sekerja tetapi jauh lokasi dan terus kami rapat sehingga saya bernikah dengannya secara sah tidak sampai setahun berkenalan. Tetapi pernikahan saya ini sememangnya mendapat tentangan hebat dari isteri saya yang pertama. Namun sudah ditetapkan jodoh, semua majlis pernikahan berjalan dengan lancar.Pernikahan saya yang kedua tidak lama kerana Isteri saya telah dijemput oleh Ilahi selapas setahun kami bernikah. sedih bukan kepalang, arwah isteri saya amat memahami saya. Sikapnya amat berbeza dengan isteri pertama saya.


Namun ini lah yang dikatakan takdir. sepanjang hidup bersama dengan arwah, arwah sering di hina kerana kononnya merampas hak orang. sehingga anugerah khidmat cemerlang yang beliau perolehi ditarik balik. Tetapi saya bersama arwah tetap aman dan bahagia. Tiada rasa tertekan mahupun terhina.Nasihat saya, jangan lah antara kita semua menghina pada orang yang berpoligami. wanita yang ingin bernikah dengan suami orang janganlah dihina. Semuanya diaturkan oleh Nya. Kita diuji sentiasa.

Ingatlah. Ada yang menyatakan jodoh ini boleh dibuat, disusun, namun jika tiada izinNya, jangan haraplah.

Friday, August 7, 2009

Cerita masalah lelaki

Aku ada membeli satu majalah mingguan untuk wanita je. Tapi aku pun suka baca. Banyak juga info dalamnya. Terutama bab lelaki dan perempuan.

Adale cerita dalam tu bab sorang lelaki tu, katanya ada masalah dengan isteri. Dipendekkan masalah dia, isterinya tu tak dapat lagi melayan nafsunya. Jadi terpaksalah dia beronani dan lebih mengejutkan dia juga ada menjalin hubungan sulit dengan wanita lain. Tambahnya pula, dia tak nak kahwin lagi satu sebab sayang isterinya. Jadi jawapan kaunselor pun aku layan juga. Tetapi aku kurang puas hati jawapan nasihat dari kaunselor tu. Dia banyak menyentuh bagaimana cara hidup tanpa sex, di awal jawapannya. Yang terakhir barulah disebutkan tentang kahwin lagi satu.

Jawapan kaunselor itu lebih mirip untuk mengubah fitrah lelaki dari "berkehendakkan" menjadi seorang yang menahan nafsunya. Adalah salah sekiranya seorang lelaki yang sudah berkahwin menahan nafsunya dari "bermesraan" dengan isterinya yang sah. Allah telah menganjurkan perkahwinan diantara lelaki dan perempuan supaya masing-masing dapat menyalurkan "nafsu" mereka kepada jalan yang halal. Mengapa pula apabila seorang isteri tidak dapat melayani kehendak suami, si suami pula disuruh menahan nafsunya sedangkan fitrah lelaki ini Allah jadikan sentiasa "berkehendakan". Berbeza dengan wanita apabila sudah beranak pinak mereka merasakan seks sudah menjadi perkara ke 2, 3 atau yang last sekali.

Dalam soal ini kita tidak boleh menyalahkan si isteri kerana tidak lagi melayan suami seperti mula-mula berkahwin dahulu kerana inilah fitrah yang Allah jadikan atas mereka. Namun isteri juga tidak boleh menyalahkan suami atas dasar "selalu berkehendakkan". Ini adalah fitrah yang Allah jadikan buat lelaki.

Kerana itulah Allah Maha Mengetahui dan membenarkan si suami berpoligami demi menjaga keharmonian rumahtangga. Berapa ramai lelaki yang takutkan isteri sanggup membela perempuan "gelap". Pada zahirnya dia dianggap suami mithali, tetapi di luar semua wanita dah dirasainya. MAlah ada wanita yang sanggup membiarkan suaminya berbuat maksiat tetapi tak sanggup melihat suaminya mendapat "benda halal". Dimanakah kewarasan kita? Suami takut kepada isteri tetapi tidak takutkan Allah!!

Namun undang-undang syariah itu jelas jika suami berkahwin lagi maka bebanan mereka terhadap menjawab soalan di hadapan Allah kelak sangatlah berat!! Maka seharusnya isteri yang suaminya ingin berkahwin lagi perlu segera memberi keizinan dengan harapan ganjaran Allah di akhirat kelak amatlah lumayan. Suami lah yang sepatutnya bergementar hati dan nuraini mereka apabila isteri membenarkan suaminya berkahwin lagi.

Perlu diingatkan "keizinan" di atas sebenarnya tiada dalam hukum syarak!! Jadi terpulanglah kepada kita semua menilai diri kita dan niat kita ini.

Wallahualam

Wednesday, August 5, 2009

Lelaki dan kahwin lebih

Asal sebut kahwin satu lagi lelaki le juaranya. Sapa tak nak kahwin lagi. Perumpamaan yang aku selalu dengar dan tumpang guna pakai sekali ialah " kahwin lebih ni sedap sebab macam lauk, kalau banyak lauknya banyakle pilihan rasanya".

Bagi aku kalau lelaki nak kahwin lagi tak de masalah. Kalau dah berkenan kahwin je le. asalkan jangan buat maksiat. Kalau di negara-negara arab, kahwin lebih macam takde mendenya. Di Malaysia ni pulak terbalik. Kalau lelaki tu kahwin lebih, semua orang akan pandang macam alien dari planet marikh (bukan jutawan dari planet marikh). Apalah salahnya kak oii bagi abang-abang tu kahwin lagi. Bukannya diorang nak buat maksiat. Malah akak pun dapat pahala lagi. Ni sorang Ustaz merangkap artis baru-baru yang bercerai dengan isteri lawanya menarik perhatian aku. Dengarnya (wallahualam) ustaz ni bagi nafkah setiap bulan namun perceraian mereka kerena isterinya tak sanggup suaminya memadukannya. Walaupun isterinya mengakui suaminya itu orangnya baik, bertanggungjawab namun dia tidak boleh menerima madu dalam hidupnya. Alangkah malangnya bagi manusia yang mendapat suami yang baik namun tidak sanggup melawan emosi dan sanggup bercerai-berai. Wallahualam.

Ada juga kawan-kawan aku yang kawin ramai hidup bahagia. Gaduh-gaduh kecik tu biasala. Kalau nak taule, yang kahwin lebih tu adakalanya lebih bahagia. Cuma depa tak le cerita kat TV selalu. Kalau keluar cerita depa kang ramai pula ibu-ibu tunggal nak cuba nasib. Wanita ini Allah menjaga mereka umpama permata yang mahal. Diizinkan lelaki yang sudah berkahwin untuk berkahwin lagi kerana Allah mahukan lelaki yang mampu bertanggungjawab dalam membela nasib ibu-ibu tunggal mahupun anak dara. Inilah cantiknya Islam dan kaum wanita perlulah memahaminya secara mendalam.

Soalan dan saranan:

Jika anda mempunyai sebarang soalan dan saranan mahupun kritikan untuk disiarkan, sila emelkan kepada kahwinlebih@gmail.com


Thanks