Luahan Kata dan Rasa..SEMBANG - SEMBANG

Tuesday, September 8, 2009

Mengapa digelar sebegitu?

Kasihan bila saya lihat ramai gadis atau wanita yang menjadi isteri kedua atau ketiga atau keempat sering digelar perampas suami orang oleh ramai isteri-isteri di Malaysia ini. Sebenarnya inilah hasil pendidikan sekular yang telah sekian lama bertapak di Malaysia ini.

Adakah ini yang diajar oleh Islam? Allah mengangkat setiap wanita ditempat yang mulia apabila mereka bergelar isteri. Malah hak setiap isteri itu mestilah diberi sama rata. Maka jika Allah tidak pernah menggelar wanita yang menjadi isteri ke 2, 3 atau ke 4 sebagai perampas suami orang, pemusnah kebahagiaan, wanita murahan dan sebagainya, siapa pula kita yang hina dina ini hendak menukar gelaran yang berlawanan dengan keizinan Allah?


Wanita ini sering merasakan suami mereka itu adalah hak mereka. Sebenarnya suami ini hanyalah pinjaman Allah jua. Jika mati si suami satu masa nanti, maka sudah tentu bagi isteri yang masih muda ingin berkahwin lagi. Di situlah sering kita lihat wanita yang tidak mahu dimadu, tetapi suaminya tiba-tiba meninggal dunia, dia akan berkahwin lagi. Dan selalunya yang ingin menerima janda ialah suami orang.

Marilah muhasabah diri kita sendiri. Jangan disebabkan kita bersikap tamak maka Allah murka dengan kita disebabkan gelaran-gelaran biadap yang kita berikan.


Wallahualam

No comments:

Post a Comment