Kasihan bila saya lihat ramai gadis atau wanita yang menjadi isteri kedua atau ketiga atau keempat sering digelar perampas suami orang oleh ramai isteri-isteri di Malaysia ini. Sebenarnya inilah hasil pendidikan sekular yang telah sekian lama bertapak di Malaysia ini.
Adakah ini yang diajar oleh Islam? Allah mengangkat setiap wanita ditempat yang mulia apabila mereka bergelar isteri. Malah hak setiap isteri itu mestilah diberi sama rata. Maka jika Allah tidak pernah menggelar wanita yang menjadi isteri ke 2, 3 atau ke 4 sebagai perampas suami orang, pemusnah kebahagiaan, wanita murahan dan sebagainya, siapa pula kita yang hina dina ini hendak menukar gelaran yang berlawanan dengan keizinan Allah?
Wanita ini sering merasakan suami mereka itu adalah hak mereka. Sebenarnya suami ini hanyalah pinjaman Allah jua. Jika mati si suami satu masa nanti, maka sudah tentu bagi isteri yang masih muda ingin berkahwin lagi. Di situlah sering kita lihat wanita yang tidak mahu dimadu, tetapi suaminya tiba-tiba meninggal dunia, dia akan berkahwin lagi. Dan selalunya yang ingin menerima janda ialah suami orang.
Marilah muhasabah diri kita sendiri. Jangan disebabkan kita bersikap tamak maka Allah murka dengan kita disebabkan gelaran-gelaran biadap yang kita berikan.
Wallahualam
Tuesday, September 8, 2009
Sunday, September 6, 2009
Berkahwin lebih itu satu sunnah
Salam
Berkahwin lebih ini satu sunnah. Semua orang tahu. Cuma sunnah yang sebegini menjadi rebutan bagi kaum lelaki. Namun perlulah kita fahami mengapa Allah membenarkan poligami ini. Sebagai seorang lelaki, saya juga punya ramai kenalan yang berkahwin lebih dan juga yang berkahwin seorang. Sebenarnya Allah swt membenarkan poligami adalah kerana mahu mengajar kaum hawa agar redha dengan ketentuannya. Manakala si suami di asuh agar bertanggungjawab dan bukannya hanya untuk berseronok-seronok. Seorang lelaki itu jika dibenarkan berseronok-seronok dengan wanita bukan muhrim tanpa ikatan maka itulah yang lebih menyeronokkan. Tetapi bila sebut erti kahwin lagi sebenarnya agak berat juga bagi kaum lelaki memenuhinya.
Dengan perkahwinan, lelaki perlu bertanggungjawab atas segala keperluan si isteri pertama dan kedua. Kenikmatan berumahtangga bukan hanya terletak dari segi sex semata-mata. Ianya berkait rapat dengan hubungan antara suami isteri, emosi, kewangan dan yang paling penting hubungan mereka dengan Allah swt, tuhan pencipta alam semesta ini. Jika begitulah keadaannya maka nyatalah sunnah nabi ini sangatlah berat dan sangatlah adil. Allah maha bijaksana dengan meletakkan syarat perkahwinan dengan berlaku adil.
Kaum hawa tidak perlu marah dan menuding jari keatas suami mereka yang ingin berkahwin lagi. Bukankah jika ini terjadi bermakna si isteri tadi telah pun dipilih Allah swt untuk menerima dugaan dan Allah swt sedang melihat bagaimana tahap keimanan kita. Begitu juga dengan lelaki, apabila ingin berkahwin lagi bermakna Allah juga sedang mengujinya dengan nikmat dan tanggungjawab yang amat berat. Bayangkan jika tanggungan si suami ramai maka di akhirat kelak si suami perlu di audit dihadapan Allah swt. Mereka akan ditanya mengenai kepimpinan mereka. Tiada jalan lari lagi. Berbeza dengan nasib isteri yang membenarkan suaminya berkahwin lagi. Jika mereka tidak meninggalkan solat, patuh kepada Allah, Rasul dan Suaminya maka tidaklah menjadi halangan bagi mereka untuk memasuki mana-mana pintu syurga. Betapa Allah swt telah pun memberi bonus tambahan yang amat hebat di dunia ini.
Untuk itu, isteri-isteri perlulah redha dengan poligami ini jika benar-benar ingin disayangi Allah swt. Jika suami tidak berlaku adil maka bersabarlah. Nikmat diakhirat kelak tidaklah dapat digambarkan. Janganlah kita merungut-rungut walaupun di dalam hati. Sesungguhnya Allah swt itu maha mengetahui akan segala yang berlaku.

Subscribe to:
Posts (Atom)